Ketua pasukan Galatasaray alami patah kaki

ISTANBUL, 17 JUN – Penjaga gol Galatasaray dan Uruguay, Fernando Muslera mengalami patah tulang kaki pada perlawanan hujung minggu lalu di mana perlawanan pertama kelab sejak liga disambung semula, pasukan gergasi Istanbul itu mengesahkan kelmarin.

Ketua pasukan kelab Muslera ‘mengalami kecederaan yang menyebabkan patah tulang di tibia dan fibula’ dalam kekalahan 2-0 Galatasaray ke atas Rizespor,” kata kelab itu.

Pemain berusia 33 tahun itu akan menjalani pemeriksaan tambahan dan pembedahannya akan dirancang dengan sewajarnya,” kata kelab itu, tanpa mengatakan berapa lama dia tidak beraksi selepas itu.

Muslera, menyertai Galatasaray sejak 2011, cedera dalam pertembungan di separuh masa pertama perlawanan dengan penyerang Rizespor, Milan Skoda.

Skoda juga menyatakan permohonan maaf di Twitter.

“Saya benar-benar minta maaf. Saya sangat berharap agar anda pulih secepat mungkin dan anda akan kembali sihat.

“Menang itu penting bagi kami, tetapi saya juga mementingkan kesihatan anda,” katanya.

Kekalahan Galatasaray menjadikan pasukan itu turun ke tempat ketiga liga, enam mata di belakang Trabzonspor di puncak liga dan Basaksehir.

Liga Super Turki kembali Jumaat di belakang pintu tertutup setelah penggantungannya hampir tiga bulan kerana wabak COVID-19. – AFP