Friday, March 31, 2023
23.2 C
Brunei

-

Ketua PBB adakan lawatan ke Iraq

BAGHDAD, 1 MAC – Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berada di Iraq kelmarin untuk berbincang dengan pegawai kanan Iraq sekali gus menunjukkan perpaduan selepas krisis politik yang berlarutan.

Lawatan ketua PBB itu, yang pertama ke Iraq dalam tempoh enam tahun ketika negara yang dilanda perang itu bersedia untuk menandakan ulang tahun ke-20 penggulingan diktator lama Saddam Hussein dalam pencerobohan yang diketuai Amerika Syarikat (AS).

Guterres berkata beliau mahu menunjukkan perpaduan dengan rakyat dan institusi demokrasi Iraq dan perpaduan yang bermakna bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu komited sepenuhnya untuk menyokong penyatuan institusi di negara tersebut.

Beliau berkata beliau juga ingin menyatakan keyakinannya bahawa rakyat Iraq akan dapat mengatasi kesukaran dan cabaran yang masih mereka hadapi melalui dialog terbuka dan inklusif.

Guterres, yang tiba lewat kelmarin, dijangka mengadakan rundingan dengan Menteri Luar, Fuad Hussein, sebelum bertemu Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani, Presiden Abdel Latif Rashid dan speaker parlimen Mohammed al-Halbusi, kata kementerian luar.

Ketiga-tiga pemimpin itu masing-masing merupakan pegawai tertinggi Syiah, Kurdish dan Arab Sunni di bawah sistem perkongsian kuasa mazhab yang ditubuhkan selepas pencerobohan diketuai AS menumbangkan rejim Arab Sunni yang dikuasai Saddam.

Guterres juga akan bertemu wakil kumpulan hak wanita dan belia pada lawatannya. – AFP

Antonio Guterres (kiri) tiba bersama Menteri Luar Iraq Fuad Hussein (tengah) untuk pertemuan di kementerian luar di Baghdad. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -