Monday, December 2, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketua PBB gesa keadilan dalam generasi digital

    NEW YORK, 12 OKT – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres kelmarin menggesa usaha untuk merapatkan jurang digital bagi kanak-kanak perempuan.

    Sebagai sebahagian daripada generasi digital, kanak-kanak perempuan mempunyai kemampuan yang sama. Tetapi laluan merapatkan jurang digital penuh cabaran, lapor Xinhua memetik Guterres dalam satu perutusan sempena Hari Kanak-kanak Perempuan Sedunia.

    “Menjadi tanggungjawab kita untuk turut serta dengan mereka, memperkukuh kebolehan mereka sebagai pencetus perubahan digital, dan mengatasi halangan yang dihadapi mereka dalam dunia digital.”

    Jurang yang besar dalam penggunaan Internet merangkumi geografi dan generasi telah meningkat daripada 11 peratus pada 2013 kepada 17 peratus enam tahun kemudian. Di lebih dua pertiga dunia, hanya 15 peratus graduan dalam mata pelajaran STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) adalah kanak-kanak perempuan, katanya.

    “Mereka memiliki kemampuan yang sama dan potensi yang sangat besar dalam bidang ini, dan ketika kita memperkasakan mereka, semua orang mendapat manfaat,” katanya.

    “Pelaburan untuk merapatkan jurang gender digital menghasilkan manfaat yang besar untuk semua.”

    Guterres berkata PBB komited untuk bekerja bersama golongan itu tanpa mengira siapa dan apa keadaannya, agar mereka dapat merealisasi potensi masing-masing. – Bernama

    Antonio Guterres menggesa usaha untuk merapatkan jurang digital bagi kanak-kanak perempuan. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda