Ketua pembangkang Ghana diberkas

ACCRA, Ghana, 12 JUN – Polis di Ghana berkata semalam mereka telah menahan pengerusi parti pembangkang terbesar berhubung dengan beberapa siri penculikan di negara Afrika Barat.

Samuel Ofosu-Ampofo, pengerusi Kongres Demokratik Nasional (NDC), adalah bekas ahli parlimen dan menteri kerajaan.

Penangkapan beliau dilakukan seminggu selepas penculikan dua wanita Kanada, yang masih hilang.

“Jabatan Siasatan Jenayah sedang menyiasat pelbagai penculikan dan perbuatan yang mengakibatkan pemusnahan, yang mana risikan yang boleh dipercayai menjadikan Samuel Ofosu-Ampofo, Pengerusi Kongres Demokratik Nasional (NDC), seorang suspek,” kata kenyataan polis semalam. Ofuso-Ampofo ditahan pada petang semalam di Accra apabila beliau enggan bekerjasama dengan siasatan polis, menurut kenyataan. – AFP