Ketua pembangkang Peru dibebaskan dari penjara

LIMA, 5 MEI – Ketua pembangkang Peru, Keiko Fujimori telah dibebaskan kelmarin dari tahanan atas tuduhan rasuah selepas hanya tiga bulan, menurut wartawan AFP.

Fujimori meninggalkan penjara wanita di ibu kota Lima dengan ikat jamin, memakai penutup mulut dan hidung dan sarung tangan putih. Beliau sebelum ini mengumumkan di Twitter bahawa dia akan terus menuju ke kemudahan untuk membuat ujian koronavirus.

Fujimori, 44, dibebaskan empat hari selepas mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak 70,000 soles. Fujimori, telah dibebaskan kerana kebimbangan bahawa beliau mungkin dijangkiti dengan koronavirus semasa berada di penjara wanita di Chaorrillos, tetapi mahkamah membenarkan dia dilepaskan selepas rayuan yang berasingan. – AFP

Keiko Fujimori ketika dibebaskan dari penjara wanita Chaorrillos. Fujimori telah dibebaskan dari tahanan kerana tuduhan rasuah. – AFP