CASABLANCA, 27 Jun – Ketua-ketua gerakan bantahan Maghribi telah dihukum penjara sehingga 20 tahun lewat kelmarin kerana peranannya dalam tunjuk perasaan yang menggegarkan bahagian utara negara itu pada 2016.
Ketua Al-Hirak al-Shaabi atau ‘Pergerakan Popular’, Nasser Zefzafi dan juga ketua-ketua lainnya, Nabil Ahmjiq, Ouassim Boustati dan Samir Ighid juga telah dipenjara kerana merancang untuk menggugat keselamatan negara semasa tunjuk perasaan di wilayah Rif yang menuntut untuk pekerjaan, pembangunan dan memerangi rasuah.
Seramai 53 orang telah dijatuhi hukuman kelmarin selepas perbicaraan yang berlangsung selama sembilan bulan dengan penalti antara setahun penjara dan denda AS$520 sehingga 20 tahun penjara, menurut pertimbangan Mahkamah Rayuan Casablanca yang telah dibacakan semasa ketiadaan defendan.
Wartawan Hamid el Mahdaoui yang berdepan dengan dakwaan cubaan ‘tidak mengecam’ untuk menggugat keselamatan negara dan beberapa penunjuk perasaan Hirak, akan dibicara secara berasingan Khamis ini.
Ahli keluarga dan sahabat handai tertuduh terkejut apabila hukuman paling berat telah dibacakan, menurut wartawan AFP yang berada di tempat kejadian.

Beberapa penunjuk perasaan melaungkan slogan ‘Hidup Rif’ atau ‘Kami adalah Zefzafi.’
Sementara itu, peguam bela yang menolak untuk bersatu dengan para penunjuk perasaan menyifatkan ‘kehakiman bias’, berniat untuk mengadakan rayuan selepas berunding dengan klien mereka.
“Ini merupakan hukuman yang paling teruk. Pihak persekutuan gagal untuk menghormati hak asasi manusia dan kebebasan, seperti proses kehakiman bebas,” kata salah seorang peguam bela, Souad Brahma.
Seperti beberapa defendannya yang lain, Zefzafi memboikot perbicaraan terakhir dan menolak untuk memberikan kenyataan semasa detik terakhir proses tersebut. – AFP

































