Ketua penculik ancam bunuh tebusan

PORT-AU-PRINCE, 22 OKT – Ketua penjenayah Haiti yang menculik sekumpulan tebusan Amerika Utara pada hujung minggu mengancam untuk membunuh mereka, menurut video yang dilihat oleh AFP.

Video tembakan pada Rabu yang dikongsikan kelmarin di media sosial menunjukkan Wilson Joseph, memakai sut dan dikelilingi oleh lelaki-lelaki bersenjata, berdiri di hadapan keranda yang berisi lima mayat kumpulan penjenayah tersebut.

“Disebabkan saya tidak dapat apa yang saya inginkan, saya akan bunuh rakyat Amerika Syarikat (AS) ini,” kata Joseph.

Pegawai kanan AS yang tidak ingin dinamakan berkata video tersebut adalah tulen.

“Setakat pengetahuan saya, video yang dimuat dalam talian hari ini adalah tulen,” kata pegawai kepada wartawan lewat kelmarin. “Video tersebut bukan palsu. Kami sentiasa berhubung dengan Polis Kebangsaan Haiti. FBI telah dikerahkan di Haiti dan berhubung dengan semua pihak yang terlibat,” tambah pegawai.

Para penculik meminta wang tebusan AS$17 juta untuk melepaskan tebusan, sumber keselamatan memberitahu AFP.

Pada Sabtu lalu, sekumpulan warga AS dan Kanada seramai 17 orang dan anak-anak mereka diculik pada siang hari semasa mengadakan lawatan ke rumah anak yatim di Port-au-Prince, yang di bawah kawalan kumpulan penjenayah.

Kumpulan tersebut dikatakan menculik 12 orang dewasa berusia 18 hingga 48 tahun, bersama lima anak damit berusia lapan bulan dan kanak-kanak berusia tiga, enam, 13 dan 15. AS menasihatkan rakyatnya untuk tidak mengunjungi Haiti, terutama disebabkan penculikan yang sering dikatakan menyasarkan warga AS. – AFP

Para penduduk Haiti yang menyertai bantahan menuntut warga AS dan Kanada yang diculik agar dibebaskan. – AP