Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketua perisikan Australia beri amaran

    SYDNEY, 25 Mei – Ketua perisikan di Australia telah mengeluarkan amaran baharu bahawa campur tangan dan pengintipan di dalam negara itu telah mencapai ke tahap yang belum pernah terjadi sebelum ini yang boleh menyebabkan ‘bencana berbahaya’ terhadap kepentingan Canberra.

    Ketua Organisasi Perisikan Keselamatan Australia (ASIO) Duncan Lewis, tidak menyatakan negara tertentu, namun ucapannya bertepatan dengan peningkatan terhadap campur tangan China dalam politik domestik.

    Dalam kenyataan yang diumumkan di Parlimen lewat kelmarin, Lewis berkata, “Skala semasa aktiviti perisikan asing… tidak pernah terjadi sebelum ini.”

    Dia berkata orang asing menyasarkan maklumat istimewa dan diklasifikasikan tentang pakatan, perkongsian dan kedudukan Australia mengenai isu-isu diplomatik, ekonomi dan ketenteraan.

    Maklumat mengenai tenaga, sumber mineral dan inovasi sains dan teknologi juga jadi sasaran, katanya.

    “Pengintipan, campur tangan, sabotaj dan aktiviti dalaman yang jahat boleh menyebabkan bencana kepada kepentingan negara kita,” kata Lewis semasa dalam ucapannya di hadapan parlimen di Canberra.

    “Ia menjejaskan kedaulatan kita, keselamatan kita dan kemakmuran kita… Realiti yang tidak menyenangkan adalah lebih ramai pegawai pengintip asing hari ini daripada semasa Perang Dingin dan mereka mempunyai lebih banyak cara untuk menyerang kita.”

    Lewis menyokong usaha kerajaan untuk meluluskan pembaharuan yang luas untuk memperkuat dan memodenkan undang-undang ketika menyiasat dan mendakwa kecaman campur tangan politik. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda