Ketua persatuan angkat berat letak jawatan

BUDAPEST, 16 APRIL – Presiden Persatuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) Tamas Ajan telah meletak jawatan kelmarin di tengah-tengah tuduhan rasuah dan kesalahan doping yang telah dijadikan dokumentari awal tahun ini.

“IWF ingin berterima kasih kepada Tamas Ajan kerana berkhidmat lebih dari empat dekad dalam bidang angkat berat,” kata pemangku presiden IWF, Ursula Papandrea dalam kenyataan dalam laman web.

“Sekarang kami boleh memulakan usaha yang baharu dalam mencapai potensi penuh sukan ini,”kata Papandrea. Kenyataan dari kesatuan yang berpangkalan di Budapest menyatakan bahawa siasatan terbuka sedang dijalankan terhadap tuduhan yang dibuat oleh penyiar Jerman ARD dalam satu laporan pada bulan Januari. – AFP

Presiden Persatuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) Tamas Ajan telah meletak jawatan di tengah-tengah tuduhan rasuah dan kesalahan doping yang telah dijadikan dokumentari. – AFP