Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Ketua Pertahanan Filipina letak jawatan

    MANILA, FILIPINA, 9 JAN – Pemangku Ketua Pertahanan Filipina telah meletakkan jawatan, menurut seorang pegawai kelmarin, dalam siri perubahan pegawai pangkat tertinggi dalam penubuhan keselamatan negara yang telah mencetuskan spekulasi mengenai pergolakan tentera terbaharu.

    “Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr telah menerima ‘dengan penuh kesal’ surat peletakan jawatan pegawai pertahanan yang bertugas, Jose Faustino Jr dan telah memberikan jawatan pertahanan tertinggi kepada Carlito Galvez Jr, seorang lagi jeneral bersara yang telah terlibat dengan rundingan damai dengan kumpulan pemberontak,” kata jurucakap presiden, Cheloy Garafil.

    Galvez telah menerima tawaran tersebut, kata Garafil tanpa memberikan maklumat lanjut, termasuk sebab-sebab Faustino, bekas ketua kakitangan tentera, mengambil keputusan untuk meletak jawatan.

    Marcos baru-baru ini telah memendekkan tempoh perkhidmatan ketua kakitangan tentera, Leftenan Jeneral Bartolome Bacarro, yang telah dilantik oleh beliau lima bulan lalu, dan menggantikannya dengan seorang jeneral bersara tanpa memberikan sebarang penerangan ke atas tindakan mengejut beliau.

    Faustino merupakan penyokong Bacarro dan mereka berdua merupakan rakan sekelas semasa di Akademi Tentera Filipina. Bacarro telah menerima anugerah ketenteraan tertinggi sempena keberanian bertempur sebagai pegawai tentera muda dan tempoh tiga tahun perkhidmatan beliau sepatutnya berterusan sehingga Ogos 2025.

    Pelantikan sebagai ketua tentera adalah satu isu yang sensitif. Banyak usaha telah dibuat untuk menerapkan sifat profesionalisme dalam kalangan pegawai tentera dan melindunginya daripada politik negara yang kucar-kacir dan dicemari dengan rasuah. – AP

    Gambar fail bertarikh 3 Januari 2023 menunjukkan Marcos bersama Bacarro sebelum berlepas ke Beijing di Pangkalan Udara Villamor, Filipina. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...