Ketua perubatan FIFA risau amaran virus

LONDON, 29 APRIL – Pengerusi komiti perubatan FIFA berkata dia merasa ‘skeptikal’ mengenai penyambungan semula liga bola sepak semasa pandemik koronavirus dan mencadangkan bagi menumpukan kejohanan kebangsaan untuk bersiap sedia bagi musim hadapan.

Terdapat perbincangan Bundesliga Jerman dan Liga Perdana Inggeris akan disambung semula tanpa kehadiran peminat.

Tetapi Michel D’Hooghe, ketua badan pengurusan panel perubatan FIFA, memberitahu BBC kelmarin: “Cadangan saya jika ia boleh dilakukan, mengelakkan untuk bermain bola sepak kompetitif dalam beberapa minggu akan datang.

“Cuba untuk bersedia bagi memulakan kejohanan pada musim hadapan.

Ketua bola sepak Belanda telah menamatkan musim Eredivisie, dengan tiada promosi atau disingkirkan, sementara mada depan kempen Ligue 1 2019-2020 masih dalam keadaan tidak menentu setelah Perdana Menteri Perancis berkata kelmarin bahawa tiada sebarang sukan utama di negara itu sehingga hujung musim panas.

Sementara itu, D’Hooghe memberi amaran penyambungan semula bola sepak akan memberi ‘kesan hidup dan mati’.

Warga Belgium tersebut menambah: “Saya bercakap dengan doktor perubatan, saya belum bercakap kepada penganjur perlawanan, tetapi buat masa ini dari pandangan perubatan, saya akan menjadi sangat ‘skeptikal’.

D’Hooghe berkata melangsungkan perlawanan bola sepak tanpa vaksin akan membuat masalah yang mengikut garis panduan penjarakan sosial yang direka untuk menghentikan virus tersebut.” – AFP