Ketua perundingan Brexit, UK adakan rundingan

MOSCOW, 6 MAC – Ketua perunding Brexit Kesatuan Eropah (EU), Michel Barnier, akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Majlis EU Charles Michel di Brussels pada Jumaat untuk membincangkan kerjasama antara blok itu dengan United Kingdom (UK), lapor agensi berita Sputnik.

Pertemuan berlangsung selepas rundingan pertama perdagangan di Brussels yang diadakan pada Khamis, berakhir tanpa sebarang kesepakatan.

UK keluar dari EU pada 31 Januari, selepas lebih tiga tahun rundingan. Tempoh peralihan sedang berkuat kuasa untuk memberi ruang kepada London dan Brussels memuktamadkan beberapa perjanjian, paling penting perjanjian perdagangan bebas. Tempoh peralihan berakhir 31 Disember. – Bernama