Sunday, January 26, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketua polis Algeria dipecat

    ALGIERS, 27 Jun – Presiden Algeria, Abdelaziz Bouteflika kelmarin telah memecat ketua polis negara, Abdel-ghani Hamel yang sehingga kini dilihat sebagai pengganti ketua negara.

    Bouteflika hari ini telah menandatangani dua dekri, yang pertama adalah menamatkan khidmat Abdel-ghani Hamels sebagai pengarah umum pasukan keselamatan kebangsaan (DGSN) dan yang kedua adalah mencalonkan Mustapha el-Habiri sebagai ketua DGSN,” menurut kenyataan daripada pejabat presiden yang diterbitkan oleh agensi berita APS.

    Keputusan mengejutkan itu dibuat selepas tercetusnya skandal penyeludupan kokaina yang telah menjejaskan beberapa pegawai termasuk majistret.

    DGSN telah menafikan laporan media mengenai penglibatan pemandu peri-badi Hamel dalam perkara ini, sebaliknya menuding jari ke arah pemandu pihak pengurusan.

    Pengaruh Hamel telah meningkat beberapa tahun kebelakangan sebagai ketua polis Algeria dan dilihat sebagai pesaing terdekat untuk presiden Algeria.

    Dilatih sebagai jurutera komputer, dia menyertai unit tentera, sebuah pasukan polis yang merupakan sebahagian daripada tentera dan naik pangkat menjadi jeneral dan ketua Keselamatan Republik pada 2008.

    Dua tahun kemudian, dia dinamakan sebagai ketua pasukan keselamatan negara selepas pemimpin sebelumnya ditembak mati kerana berlaku pertelingkahan dengan orang bawahan di pejabatnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda