Ketua RG Iran ikrar ‘tindakan tegas’ selepas ancaman Trump

TEHRAN, 23 APRIL – Ketua Revolutionary Guards (RG) Iran hari ini memberi amaran ‘respons tegas’ ke atas AS selepas Presiden Donald Trump berkata dia mengarahkan tentera laut AS untuk memusnahkan bot-bot Iran yang mengganggu kapal-kapal Amerika di Teluk.

Iran dan AS kelihatannya berada di ambang konfrontasi dua kali pada tahun-tahun lalu.

Sakit hati berdekad lamanya antara kedua-dua belah pihak semakin memburuk pada 2018 apabila Trump berundur sebelah pihak daripada perjanjian yang memberi Iran pengurangan sekatan sebagai balasan atas kekangan program nuklearnya.

Ketegangan memuncak seterusnya pada Januari apabila serangan udara AS membunuh Qasem Soleimani, jeneral tertinggi Iran yang mengetuai bahagian asing RG, Quds Force. – AFP

Gambar fail 15 April menunjukkan kapal RG Iran berlayar dekat dengan kapal-kapal tentera AS di Teluk Parsi dekat Kuwait. – AP