Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Ketua tentera Pakistan lawat AS

    ISLAMABAD, 5 OKT – Ketua tentera Pakistan hari ini bertemu dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Llyod Austin dan pegawai keselamatan dan kerajaan lain.

    Lawatan Qamar Javed Bajwa ke AS diadakan beberapa minggu sebelum beliau dijangka bersara selepas melanjutkan penggal enam tahun. Walaupun Pakistan telah diperintah oleh pemimpin dipilih awam sejak 2008 apabila bekas diktator tentera Jeneral Pervez Musharraf meletak jawatan, tentera masih mengekalkan pengaruh kuasa.

    Tentera telah memerintah Pakistan lebih daripada separuh abad dalam sejarah 75 tahun negara.

    Menurut kenyataan tentera, Bajwa dalam pertemuannya dengan ketua pertahanan AS dan pegawai lain mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana menghulurkan bantuan kepada Pakistan, di mana banjir sejak Jun telah membunuh hampir 1,700 orang.

    Kenyataan mengatakan Bajwa menyampaikan ucapan takziah kepada mangsa hurikan di Florida, berkata Pakistan memahami kehilangan dan penderitaan yang dialami mangsa. Pakistan belum menamakan pengganti Bajwa. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...