PARIS, 20 Julai – Ketua tentera Perancis mengumumkan peletakan jawatan hari ini selepas dikecam Presiden Emmanuel Macron kerana membantah pemotongan yang dibuat ke atas perbelanjaan ketenteraan.
Jeneral Pierre de Villiers berkata, beliau tidak lagi berkeupayaan menerajui pasukan keselamatan itu yang amat penting dalam melindungi Perancis dan rakyatnya.
Kemuncak perselisihan faham antara presiden dan De Villiers, 60, berlaku minggu lalu apabila pemerintah tertinggi tentera itu dalam kenyataan kepada jawatankuasa parlimen, berpegang dengan pendiriannya untuk tidak membenarkan pemotongan sebanyak 850 juta euro (RM4.2 bilion) ke atas perbelanjaan ketenteraan. – AFP