Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Ketua Turus Pertahanan Thai adakan lawatan ke Brunei

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OGOS – Kementerian Pertahanan telah menerima lawatan rasmi daripada Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Thailand, Jeneral Chalermphon Srisawasdi, dari 16 hingga 18 Ogos.

    Sejurus tiba di Bolkiah Garison, hari ini, Jeneral Chalermphon Srisawasdi disambut oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.

    Ini diikuti dengan perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota-anggota Tentera Darat Diraja Brunei.

    Pada sebelah petang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan menerima mengadap Jeneral Chalermphon Srisawasdi di Istana Nurul Iman.

    Negara Brunei Darussalam dan kerajaan Thailand mempunyai hubungan pertahanan yang rapat dan lama terjalin yang dimeterai pada 1984.

    Hubungan pertahanan dua hala telah berkembang dengan penglibatan yang merangkumi lawatan, mesyuarat pertahanan dan ketenteraan, eksesais, latihan, pertukaran profesional dan kursus.

    Lawatan berkenaan merupakan lawatan pertama Jeneral Chalermphon Srisawasdi ke Brunei sejak pelantikannya sebagai ketua turus pertahanan pada 1 Oktober 2020.

    Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi mengalu-alukan Jeneral Chalermphon Srisawasdi semasa kunjungan di Bolkiah Garison, kelmarin.
    Jeneral Chalermphon Srisawasdi memeriksa perbarisan kawalan kehormatan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...