Ketua Twitter China letak jawatan

BEIJING, 1 Jan – Pengurus Twitter bagi China yang pelantikannya hanya lapan bulan lalu mencetuskan kontroversi, mengumumkan peletakan jawatannya, namun menyambut baik peningkatan jumlah pengiklan China meskipun perkhidmatan itu disekat Beijing.

Kathy Chen dilantik dalam April sebagai pengurus am bagi rantau China yang termasuklan tanah besar China, Hong Kong, Macau dan Taiwan, membuat pengumuman itu pada malam Sabtu di akaun Twitternya.

“Sekarang pasukan Twitter APAC (pasukan Asia Pasifik di Singapura) bekerja secara langsung dengan pengiklan China, ini adalah masa yang baik untuk saya meninggalkan syarikat,” katanya.

Seperti platform barat lain seperti YouTube, Facebook dan Instagram, Twitter tidak dapat diakses di tanah besar, disekat oleh sistem penapisan internet meluas rejim komunis.

Tidak dapat mencapai pengguna tempatan, Twitter sudah cuba memujuk syarikat-syarikat China dan media untuk membuak akaun bagi mencapai akses audiens global. Kumpulan besar seperti gergasi telekom, Huawei dan media negara sudah pun membuat kemunculan di platform itu.

Chen mengatakan dalam masa dua tahun lalu, pangkalan pengiklanan Twitter di rantau China meningkat hampir 400 peratus.

Peletakan jawatannya dibuat dua bulan selepas pengumuman sembilan peratus pengurangan dalam tenaga kerja global Twitter, yang bergelut untuk menarik pengguna baru. – AFP