Ketua WHO Eropah sokong dos ketiga untuk golongan rentan

GENEVA, 30 OGOS – Ketua cawangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Eropah berkata dia bersetuju dengan pakar penyakit berjangkit tertinggi AS bahawa dos ketiga vaksin koronavirus boleh membantu melindungi golongan rentan dan ia seharusnya tidak harus dilihat sebagai ‘booster mewah’.

Dr Hans Klige memetik tahap jangkitan tinggi ‘sangat membimbangkan’, berkata 33 buah negara antara 53 dalam rantau WHO Eropah telah melaporkan peningkatan dalam jumlah kes sebanyak 10 peratus atau lebih dalam masa dua minggu.

Kluge berkata dia bercakap bulan ini dengan Dr Anthony Fauci, pakar penyakit berjangkit kerajaan AS, dan berkata mereka berkongsi pendapat sama bahawa ‘dos vaksin ketiga bukan booster mewah, yang diambil daripada seseorang yang masih menunggu bagi suntikan pertama.”

“Asasnya ia adalah cara untuk mengekalkan orang selamat – yang paling mudah terdedah,” kata Kluge, menambah negara-negara kaya yang mempunyai lebihan dos vaksin ‘untuk dikongsi’ bersama negara-negara yang kekurangan vaksin.

Di ibu pejabat WHO di Geneva, Ketua Pengarah Tedros Adhanom Ghebreyesus dan pegawai tertinggi lain menggesa bagi moratorium ke atas suntikan booster, mengatakan dos-dos itu seharusnya dikongsi untuk membantu golongan rentan di negara yang kekurangan vaksin. – AP

Seorang lelaki Israel menerima suntikan booster vaksin koronavirus di kompleks Baitulmaqdis pada 30 Ogos. – AP