Ketua WTO beri amaran

BERLIN, 12 Jun – Ketua Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) Roberto Azevedo (gambar) semalam memberi amaran tentang ‘peningkatan’ ketegangan perdagangan yang menjejaskan antara Amerika Syarikat dan ekonomi-ekonomi besar lain, ekoran sidang kemuncak G7 yang memecahbelahkan.

Trans-Atlantik dan perang perdagangan lain akan memberi ‘impak jangka panjang ke atas ekonomi sejagat’, ujarnya pada mesyuarat Berlin dengan Canselor Jerman Angela Merkel dan para pemimpin IMF, Bank Dunia dan institusi-institusi antarabangsa lain.

“Kita mesti menghentikan peningkatan ketegangan ini, proses balas balik tidak akan membantu, sektor-sektor baharu akan digambarkan yang mana ia adalah sesuatu yang akan menjejaskan semua pihak,” ujarnya.

EU telah berikrar akan bertindak balas terhadap cukai logam AS yang dikenakan oleh Presiden AS Donald Trump dan ketegangan semakin teruk pada sidang kemuncak Kumpulan Tujuh di Kanada selepas Trump menolak cubaan untuk membentuk kenyataan sepersetujuan dan telah menghina Kanada sebagai tuan rumah.

Kenyataan bersama yang ditolak oleh Trump telah berikrar bahawa para anggota G7 akan membaharui pengawasan pelbagai hala perdagangan menerusi WTO dan berusaha bagi pengurangan cukai.

Azevedo memberi amaran bahawa ‘ketegangan perdagangan yang meningkat berisiko memberi impak ekonomi yang besar, melemahkan tempoh mapan paling mantap pertumbuhan perdagangan sejak akhir krisis kewangan.

“Namun, lebih dari itu, kesan sistemik boleh menjejaskan, berisiko impak jangka panjang ke atas ekonomi sejagat.”

Presiden AS dibidas pada sidang kemuncak G7 yang menimbulkan perbalahan dari kuasa-kuasa ekonomi berpengaruh ekoran usaha bersikap perlindungan beliau ‘America First’ – AFP