Keunikan biodiversiti jadi aset sektor ekonomi Sabah

KUNDASANG, 5 JUN – Keunikan biodiversiti menjadi aset penting untuk menyokong pelbagai sektor ekonomi khususnya pelancongan, perhutanan, perikanan dan pertanian di Sabah, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew.

Sehubungan itu, beliau berkata adalah sangat penting untuk menjaga dan memulihkan alam sekitar di Sabah bagi memastikan keunikan biodiversiti itu kekal dan memberikan manfaat kepada semua pihak.

“Sabah terkenal di peringkat tempatan dan antarabangsa kerana keajaiban dan keunikan alam semula jadi iaitu kaya dengan tumbuh-tumbuhan dan terdapat pelbagai jenis ikan yang ada di negeri ini,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2020 anjuran Taman-Taman Sabah di sini, hari ini. – Bernama