RUMAH percutian yang aneh ini digelar sebagai ‘rumah ikan paus’ kerana keadaan luarannya yang berwarna kelabu dan memiliki bilik yang berwarna-warni.
Dibina pada tahun 1978, rumah yang terletak di Mission Canyon, Santa Barbara, California itu telah diubah oleh sebuah syarikat percutian sebagai salah sebuah rumah yang paling ‘membingungkan minda di Amerika’.
Kini para pelancong diberi peluang untuk membuat tempahan bagi penginapan di rumah yang unik itu dengan harga bermula dari AS$625 (£450) semalam.
Hartanah yang memiliki empat tingkat itu boleh menampung tetamu sehingga sembilan orang, direka oleh arkitek Michael Carmichael dan mengambil masa tiga tahun untuk dibina.
Rumah ini tidak mempunyai dinding rata atau garis lurus dan menawarkan 270 tingkap kaca yang berwarna patri Belgia.



Manakala dalaman rumah ‘ikan paus’ itu pula dilengkapi dengan kolam renang sebesar 75 kaki dan juga sauna yang terletak berdekatan dengan kolam renang itu.
Di tingkat dua, terdapat sebuah dapur, ruang tamu dan ruang makan yang menghadap kolam renang.
Bilik tidur utama boleh didapati di tingkat tiga yang menawarkan katil bersaiz king, ruang duduk, balkoni yang menghadap kolam renang dan tab spa di bilik mandi.
Dua lagi bilik tidur dengan dua lagi bilik tidur lainnya terdapat di tingkat dua rumah berkenaan.
Di samping halaman yang menakjubkan, para tetamu juga boleh berehat di atas teres depan yang terang, di mana mereka boleh mengadakan acara barbeku atau duduk di bawah naungan payung.
‘Rumah ikan paus’ boleh disewa dari Retreat Paradise yang berpangkalan di California.
Mengenai penyenaraiannya untuk harta itu, ia berkata: “Di luar rumah berlapis itu memang menyerupai seperti ikan paus.
“Bangunan yang memiliki empat tingkat itu dilengkapi dengan konsep yang berbeza di setiap tingkat, di mana setiap tingkat mempamerkan seni tukangan yang sangat menakjubkan, ditambah pula dengan kemewahan yang akan dialami oleh para pengunjung semasa menginap di rumah itu.”