Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Keuntungan Amazon meningkat dua kali ganda AS$14 bilion

    SAN FRANCISCO, 4 FEB – Amazon semalam melaporkan keuntungannya bertambah dua kali ganda kepada AS$14 bilion dalam suku percutian, sekali gus memberikan rangsangan kepada pasaran yang menjangkakan kurang disebabkan kos pekerja dan penghantaran yang lebih tinggi.

    Syarikat e-dagang itu berkata jualan bersihnya meningkat kepada AS$137 bilion, dan keuntungannya menerima faedah daripada hasil pulangan pelaburan dalam pembuat kenderaan elektrik Rivian, yang disenaraikan pada November.

    Saham Amazon meningkat kira-kira 14 peratus dalam perniagaan selepas waktu tutup pada 2300 GMT, menarik pelabur yang ingin mendapatkan berita baik selepas saham merosot dalam syarikat induk Facebook Meta.

    Amazon telah menjadi kejayaan besar era pandemik tetapi ia terdedah kepada masalah rantaian bekalan, kekurangan pekerja dan inflasi yang telah menjejas kehidupan penduduk dan keupayaan perniagaan untuk mengaut keuntungan.

    “Meskipun cabaran jangka pendek berkenaan, kami terus rasa optimistik dan tidak sabar-sabar mengenai perniagaan ketika kami bangkit daripada pandemik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Andy Jassy dalam kenyataan pendapatan.

    Amazon berkata ia mencatat ‘hujung minggu membeli-belah percutian Black Friday dan Cyber Monday terbesar. – AFP

    Logo Amazon tertera di van penghantaran di Boston. Amazon melaporkan keuntungan suku keempatnya meningkat AS$14 bilion dalam suku percutian. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...