Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Keuntungan Aramco meningkat lebih 80 peratus

    DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU, 15 MEI – Syarikat minyak gergasi Arab Saudi, Aramco berkata hari ini keuntungannya meningkat lebih 80 peratus dalam tiga bulan pertama tahun ini, tatkala syarikat mengambil kesempatan ke atas pergolakan dalam pasaran minyak global serta kenaikan harga minyak berikutan serangan Rusia ke atas Ukraine.

    Pendapatan suku pertama yang dicatat firma, sebelumnya dikenali sebagai Saudi Arabian Oil Co. menunjukkan pendapatan bersih mencecah AS$39.5 bilion, meningkat daripada AS$21.7 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu.

    Angka tersebut menandakan keuntungan suku tertinggi kumpulan minyak berkenaan sejak 2019, apabila kerajaan Saudi, yang memiliki 98 peratus daripada syarikat, menyenaraikan sebahagian daripada sahamnya di bursa saham Tadawul di Riyadh.

    Dalam satu kenyataan, ketua eksekutif Aramco mencadangkan bahawa gangguan yang timbul akibat peperangan di Ukraine telah menekankan kepentingan peranan syarikat minyak dan gas seperti Aramco.

    “Di sebalik pergolakan yang semakin meningkat dalam pasaran global, kami tetap menumpu untuk membantu memenuhi permintaan dunia untuk minyak yang boleh dipercayai, mampu dan mampan,” kata Presiden dan CEO Amin H. Nasser, menambah Aramco kini sedang dalam proses untuk menambah kapasiti pengeluarannya demi memenuhi permintaan yang meningkat. – AP

    Seorang lelaki berjalan di bawah papan iklan yang memaparkan iklan untuk syarikat minyak Aramco di Jeddah, Arab Saudi. Aramco berkata kelmarin keuntungannya meningkat lebih 80 peratus dalam tiga bulan pertama tahun ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...