Keuntungan Bank Llyods merosot

LONDON, 24 FEB – Lloyds Banking Group Britain hari ini mencatatkan kemerosotan hampir 65 peratus pada tahun 2020 akibat kejatuhan ekonomi yang ketara dan wabak koronavirus.

Keuntungan selepas cukai merosot kepada £865 juta (AS$1.2 bilion), tahun lalu, daripada £2.46 bilion pada tahun 2019, kata LBG dalam kenyataannya. Bank itu juga menanggung kos penurunan £4.2 bilion yang mencerminkan ‘kemerosotan prospek ekonomi yang ketara’ akibat krisis kesihatan COVID-19.

“Prestasi kewangan kumpulan pada tahun ini dipengaruhi oleh wabak itu,” kata Ketua Eksekutif Antonio Horta-Osorio.

“Impak pandemik koronavirus terhadap orang, perniagaan dan komuniti di UK dan seluruh dunia pada tahun 2020 sangat mendalam.

“Kami tetap fokus sepenuhnya untuk bekerja bersama dengan semua pihak berkepentingan kami untuk menyokong pelanggan kami dan memastikan pemulihan yang berterusan.” Kumpulan itu secara berasingan mendedahkan bahawa Charlie Nunn akan menggantikan Horta-Osorio dari Portugal sebagai ketua eksekutif pada 16 Ogos, tertakluk kepada kelulusan peraturan.

Pelantikan Nunn telah diumumkan pada bulan November lalu. – AFP