Keuntungan bank UAE meningkat sederhana

ABU DHABI, 28 JAN – Pemberi pinjaman terkemuka Emiriah Arab Bersatu, bank First Abu Dhabi (FAB) hari ini mengumumkan peningkatan sederhana dalam keuntungan bersih untuk tahun 2019, meskipun ‘keadaan pasaran mencabar’.

FAB berkata keuntungan bersihnya untuk tahun lepas meningkat empat peratus kepada AS$3.4 bilion berbanding AS$3.27 bilion pada 2018.

“2019 menandakan satu lagi tahun pertumbuhan untuk FAB, walaupun keadaan pasaran mencabar di serantau dan antarabangsa,” pengerusi Sheikh Tahnoon bin Zayed Al-Nahyan berkata dalam satu kenyataan. – AFP