Keuntungan BMW meningkat

FRANKFURT AM MAIN, 6 NOV – Pengeluar kereta Jerman BMW berkata hari ini ia dijangka mencapai sasaran prestasi untuk tahun 2019 meskipun ‘keadaan sukar’, selepas suku ketiga mencatat pertambahan jualan dan keuntungan.

Kunci kira-kira BMW meningkat 11.5 peratus kepada lebih 1.5 bilion euro, dihapus oleh suku ketiga 2018 yang lemah yang terjejas oleh ujian pengeluaran baharu.

“Kami mencatat prestasi peringkat paling tinggi berbanding dengan pesaing kami dan memandangkan keadaan sukar yang dihadapi oleh perniagaan kami,” kata ketua pegawai kewangan Nicolas Peter dalam satu kenyataan.

Ketua Eksekutif Oliver Zipse berkata BMW ‘bakal mencapai sasaran kami untuk tahun pada keseluruhannya.’ Namun keuntungan sebelum cukai merosot ‘di bawah’ tahap 2018 berban-ding tahun sepenuhnya.

Di antara Januari dan September, ukuran tersebut merosot 35 peratus tahun-ke-tahun. Keuntungan BMW memenuhi ramalan daripada penganalisis yang ditinjau oleh Factset, namun ia berjaya mengatasi jangkaan untuk pendapatan – meningkat 7.9 peratus pada 26.7 bilion euro, dan keuntungan operasi, yang meningkat 32.9 peratus untuk mencecah 2.3 bilion.

Margin operasi kumpulan, diawasi oleh pelabur, meningkat satu mata peratusan, sementara divisyen kereta sahaja menambah 2.2 mata tahun-ke-tahun.

Dalam tempoh sembilan bulan, pendapatan BMW telah terjejas oleh peruntukan 1.4 bilion euro disebabkan siasatan kartel Suruhanjaya Eropah. Brussels menuduh BMW, Volkswagen dan Daimler mencapai perjanjian rahsia supaya tidak bersaing mengenai teknologi pengurangan pengeluaran.

Sementara itu, kumpulan itu menambah keputusannya juga dirangsang oleh langkah pemotongan kos, tatkala BMW, seperti pengeluar kereta lain, dijangka membayar pelaburan mahal dalam teknologi baharu seperti pemanduan elektrik dan automatik.

Ia berhasrat mencapai penjimatan tahunan sebanyak 12 bilion euro ‘pada akhir 2022.’ Satu langkah utama adalah mengurangkan produk BMW, dengan separuh kereta yang menggunakan enjin pembakaran dikurangkan dengan mengutamakan model elektrik mulai tahun 2021. – AFP

Gambar pejabat BMW di Jerman. BMW berkata ia dijangka mencapai sasaran prestasi untuk tahun 2019 meskipun ‘keadaan sukar’, selepas suku ketiga mencatat pertambahan jualan dan keuntungan.