Keuntungan Emirates NBD merosot

DUBAI, 20 APRIL – Emirates NBD, bank terbesar Dubai, hari ini melaporkan kemerosotan 24 peratus dalam keuntungan bersih suku pertama setelah membuat peruntukan besar untuk risiko hasil daripada impak koronavirus.

Bank itu mencatat keuntungan bersih berjumlah AS$567 juta selama tiga bulan sehingga Mac berbanding AS$747 juta dalam tempoh yang sama pada 2019, kata bank dalam satu kenyataan.

“Keuntungan bersih merosot 24 peratus tahun-ketahun disebabkan bayaran pembiayaan lebih tinggi,” kata Emirates NBD, pemberi pinjaman kedua terbesar di Emiriah Arab Bersatu.

Bank memperuntukkan AS$697 juta untuk risiko ‘sebagai mengiktiraf kemerosotan berpotensi dalam kualiti pinjaman pada suku berikutnya berhubung dengan pandemik koronavirus,” katanya. “Pada masa yang mencabar ini, kami ingin memastikan kami tetap menyediakan perbankan tanpa gangguan kepada pelanggan,” kata CEO Shayne Nelson. – AFP

Emirates NBD mencatat keuntungan bersih berjumlah AS$567 juta selama tiga bulan sehingga Mac berbanding AS$747 juta dalam tempoh yang sama pada 2019. – Agensi