Keuntungan Gazprom menjunam

MOSCOW, 31 OGOS – Syarikat tenaga Rusia, Gazprom mengumumkan hari ini yang keuntu-ngan bersihnya jatuh 25 kali ganda dalam suku pertama tahun ini akibat krisis ekonomi yang dicetuskan oleh pandemik dan harga minyak dan gas rendah.

Kumpulan yang dikawal kerajaan itu menyiarkan keuntungan bersih 32.9 bilion ruble (AS$447 juta) dalam tempoh enam bulan hingga Jun, berbanding 836.5 bilion ruble pada tempoh sama tahun lalu.

Kadar pusingan modal menurun hampir satu pertiga kepada 2.9 trilion rubles. – AFP