Keuntungan Novartis meningkat 9 peratus

ZURICH, 21 JULAI – Syarikat farmasi gergasi Switzerland, Novartis hari ini melaporkan keuntungan yang lebih tinggi dalam separuh tahun pertama walaupun wabak koronavirus menyebabkan perubahan dalam jualan.

Semasa enam bulan pertama tahun ini, keuntungan bersih mencapai AS$4 bilion (3.5 bilion euros), peningkatan sebanyak 9 peratus ketika mata wang tidak menentu.

Jualan meningkat sebanyak 6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu kepada AS$23.6 bilion.

Tetapi angka setengah tahun disurami oleh perubahan besar dalam jualan dan keuntungan akibat pandemik koronavirus.

Kadar jualan meningkat 11 peratus pada suku pertama adalah disebabkan pelanggan menghabiskan stok ubat-ubatan semasa virus mula menular ke seluruh dunia, manakala jualan jatuh satu peratus dalam suku kedua.

Novartis melaporkan keuntungan yang lebih tinggi dalam separuh tahun pertama walaupun wabak koronavirus menyebabkan perubahan dalam jualan. – AP

“Pada suku kedua, COVID-19 telah memberi kesan kepada perniagaan kami dengan pembelian secara terus berbanding suku pertama,” menurut kenyataan syarikat.

Perintah berkurung dan fokus sistem perubatan mengenai rawatan koronavirus dan pesakit yang terdesak telah memberikan kesan kepada penjualan rawatan tertentu.

“Jualan kebanyakannya terkesan oleh permulaan pesakit baharu yang lebih rendah dan penurunan signifikan pesakit berjumpa dengan doktor,” menurut Novartis.

Terdapat juga perkembangan yang serupa dalam pendapatan suku tahunan, dengan pertambahan 16 peratus dalam keuntungan bersih selama tiga bulan pertama berubah kepada penurunan 4 peratus dalam suku kedua.

Novartis berkata ia menjangkakan pertumbuhan jualan satu digit pertengahan untuk tahun ini, dengan keuntungan dua digit dicatat dalam ukuran pendapatan operasi terasnya. Sepanjang suku pertama tahun ini, pendapatan operasi teras meningkat 19 peratus. – AFP