Monday, October 7, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keuntungan operasi Samsung meleset

    SEOUL, 30 April – Syarikat Samsung Electronics, pengeluar telefon pintar dan cip memori terbesar di dunia, melaporkan kemelesetan dalam keuntungan bersih suku pertamanya hari ini, ketika menghadapi pasaran cip yang lemah serta persaingan yang meningkat.

    Keputusan adalah berita buruk terbaharu untuk syarikat gergasi teknologi itu, yang pada minggu lalu paksa menangguhkan pelancaran telefon pintar berlipat berharga AS$2,000 disebabkan masalah skrin. Keuntungan bersih dalam tempoh Januari hingga Mac berjumlah 5.04 trilion won merupakan paling rendah sejak suku ketiga 2016 dan merosot 56.9 peratus tahun-ketahun.

    Keuntungan operasi juga merosot 60.2 peratus kepada 6.2 trilion won, sementara jualan merosot 13.5 peratus kepada 52.4 trilion won. Firma itu ialah subsidiari Kumpulan Samsung, yang terbesar dalam konglomerat kawalan keluarga yang menguasai perniagaan dalam ekonomi ke-11 terbesar di dunia, dan ia penting kepada ekonomi Korea Selatan.

    Ia telah menikmati keuntungan besar dalam beberapa tahun ini meskipun menghadapi beberapa siri halangan, termasuk penarikan balik produk dan pemenjaraan ketua de facto mereka.

    Namun gambaran sudah berubah sekarang, dengan harga cip merosot tatkala bekalan global meningkat manakala permintaan menjadi lemah.Ia juga terpaksa bersaing dengan persaingan yang semakin sengit dalam pasaran telefon pintar daripada pesaing China seperti Huawei yang pada tahun 2017 mengatasi Apple untuk menduduki tempat kedua serta menawarkan peranti berkualiti pada harga lebih rendah.

    Samsung telah mengingatkan pelabur tentang kemerosotan 60 peratus dalam keuntungan operasi suku pertama, memetik paparan lemah dan jualan cip. – AFP

    Syarikat Samsung Electronics berkata keuntungan operasinya untuk suku terakhir merosot lebih daripada 60 peratus berbanding tahun sebelumnya. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda