Keuntungan pembuat cip memori meningkat

SEOUL, 23 JULAI – Pembuat cip memori kedua terbesar di dunia, SK Hynix Korea Selatan, hari ini merekodkan lonjakan besar dalam keuntungan suku disebabkan harga cip tinggi namun memberi amaran ketidakpastian pada bulan seterusnya tahun ini.

Pembuat cip Korea – dipimpin oleh Samsung Electronics – telah menikmati keuntungan cecah rekod dalam beberapa tahun kebelakangan ketika harga bagi produk mereka meningkat.

SK Hynix membekalkan cip-cip kepada syarikat-syarikat dari syarikat gergasi AS, Apple hingga kepada Huawei, China namun permintaan mula merosot ketika bekalan pasaran global meningkat selepas pengilang melaburkan bilion dolar dalam beberapa kilang baharu.

Walau bagaimanapun, keuntungan syarikat pada April hingga Jun melonjak 205 peratus kepada 1.9 trilion won dari 638 bilion won pada tahun sebelumnya, sekaligus menyangkal ramalan penganalisis. – AFP