Keuntungan PSA, Fiat Chrysler meningkat

PARIS, 3 MAC – Pengeluar kereta Amerika Syarikat-Itali Fiat Chrysler dan PSA dari Perancis, kini bergabung dalam kumpulan Stellantis, berjaya mencatat keuntungan pada 2020 meskipun jualan merosot disebabkan pandemik koronavirus, demikian menurut keputusan syarikat yang keluar hari ini.

Kedua-dua pengeluar kereta, yang melengkapkan gabungan mereka pada Januari, mengumpul bersama pengeluar seperti Peugeot, Citroen, Fiat, Chrysler, Jeep, Alfa Romeo dan Maserati.

Fiat Chrsyler (FCA) memperoleh keuntungan bersih berjumlah 24 juta euro tahun lalu, menurut satu kenyataan dari Stellantis, berjaya bertahan terhadap beberapa sekatan virus yang menjejas teruk ekonomi.

Pada 2019, Fiat Chrysler mencatat keuntungan bersih berjumlah 2.7 bilion euro.

Untuk suku keempat 2020, syarikat berkata keuntungan bersih berjumlah 1.56 bilion euro, merosot satu peratus berbanding tempoh yang sama setahun sebelumnya.

Sementara itu, PSA mempunyai pendapatan bersih 2020 berjumlah 2 bilion euro walaupun apabila jualan merosot hampir 19 peratus, menurut Stellantis yang berpangkalan di Belanda.

Pendapatan PSA mencecah 60.7 bilion euro, merosot daripada 74 bi-lion euro pada 2019 ketika pandemik mengurangkan permintaan, kata Stellantis. – AFP

Papan tanda Stellantis kelihatan di luar Pusat Teknologi Chryslerdi AuburnHills, Michigan. FiatChrsyler dan PSA kini bergabung dalam kumpulan Stellantis, berjaya mencatat keuntungan pada 2020 meskipun jualan merosot disebabkan pandemik. – AP