SEOUL, 28 APRIL – Syarikat gergasi teknologi Korea Selatan Samsung Electronics mencatat peningkatan 60 peratus dalam keuntungan bersih suku pertama hari ini, sebahagiannya didorong oleh permintaan cip memori yang kukuh serta jualan laris telefon pintar.
Pengeluar cip memori terbesar dunia itu merupakan subsidiari kumpulan Samsung, setakat ini empayar terbesar dikenali sebagai chaebols yang menguasai perniagaan di Korea Selatan, ekonomi keempat terbesar Asia.
Konglomerat itu penting kepada pertumbuhan ekonomi Selatan – kadar pusing ganti keseluruhan adalah bersamaan dengan satu perlima daripada keluaran dalam negara kasar.
Firma itu berkata keuntungan bersih dalam suku Januari hingga Mac berjumlah 11.32 trilion won – meningkat 58.6 peratus, mengatasi jangkaan menurut Bloomberg News.
Industri teknologi itu telah terjejas teruk oleh kekurangan komponen untuk pembuatan cip, dipersalahkan atas peningkatan dalam permintaan produk elektronik dan gangguan kepada rantaian bekalan berpunca daripada pandemik.
Namun penganalisis berkata ia telah memberikan faedah kepada Samsung.
Tahun lalu menyaksikan kenaikan dalam harga cip disebabkan permintaan kukuh untuk cip yang digunakan dalam peranti peribadi dan pusat data, sekali gus membantu firma mencatat jualan tahunan yang memberangsangkan. – AFP