Keuntungan Samsung masih stabil

SEOUL, 29 APRIL – Pembuat telefon pintar terbesar di dunia, Samsung Electronics, hari ini berkata bahawa keuntungan bersih pada suku pertama sedikit terjejas akibat krisis koronavirus (COVID-19).

Bagaimanapun syarikat itu memberi amaran kemungkinan berlakunya penurunan selanjutnya akibat krisis berkenaan.

Syarikat itu hari ini juga telah melaporkan bahawa keuntungan bersih mencatatkan sedikit penurunan pada suku pertama akibat COVID-19 yang mengakibatkan permintaan pengguna jatuh.

Keuntungan bersih dalam tempoh Januari hingga Mac adalah 4.88 trilion won (AS$4 bilion), turun 3.1 peratus dari tahun sebelumnya, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Prestasi Januari hingga Mac “sebahagiannya disebabkan oleh kesan COVID-19,” kata Samsung dalam satu kenyataan.

Syarikat itu juga berkata ia menjangkakan hasil yang lebih rendah dalam tiga bulan ke depan, sambil menambah bahawa ‘ketidakpastian yang didorong oleh COVID-19 akan berlanjutan’ hingga suku kedua.

Syarikat itu merupakan anak syarikat utama Kumpulan Gergasi Samsung daripada keluarga yang dikenali sebagai ‘chaebols’ yang menguasai perniagaan dalam ekonomi ke-12 terbesar di dunia.

Laporan prestasi syarikat ini muncul ketika wabak koronavirus melanda ekonomi dunia – di mana awal bulan ini Samsung telah menghentikan operasi di 11 cawangannya di luar negara.

Pada suku kedua, pihaknya juga mengingatkan pendapatan keseluruhan cenderung menurun dari suku sebelumnya kerana COVID-19 dan secara signifikan akan mempengaruhi permintaan untuk beberapa produk utamanya.” – AFP