BERLIN, 30 Jan – Syarikat gergasi industri Jerman Siemens hari ini melaporkan keuntungan merosot pada suku pertama tahun kewangan 2018-19, walaupun buku tempahan adalah penuh.
Kumpulan itu mencatat keuntungan bersih berjumlah 1.1 bilion euro di antara Oktober dan Disember, kemerosotan sebanyak 49 peratus.
Kebanyakan kemerosotan mencerminkan perbandingan dengan tempoh tahun sebelumnya yang melihat keuntungan besar sekali gus daripada penjualan saham oleh Siemens dalam subsidiari lampu sebelumnya Osram dan daripada potongan cukai di Amerika Syarikat.
Pendapatan di kumpulan adalah kukuh, meningkat satu peratus kepada 20.1 bilion euro, lebih rendah daripada yang diramalkan oleh penganalisis yang ditinjau oleh Factset.
Sementara itu, keuntungan operasi seperti yang diukur oleh EBITA merosot enam peratus kepada 2.0 bilion.
“Masih terdapat banyak yang dilakukan sebelum kami memperoleh margin dalam kesemua perniagaan kami,” kata Joe Kaeser, ketua eksekutif kumpulan yang menghasilkan produk daripada turbin gas kepada alat perubatan. Divisyen tenaga Siemens yang bermasalah terus mencatat keputusan mengecewakan,” kata Kaeser, walaupun selepas penyusunan semula besar-besaran pada tahun lalu di mana ia membuang 7,000 pekerja.
Unit Tenaga dan Gas mencatat kemerosotan pendapatan sebanyak sembilan peratus dan keuntungan operasi berkurangan separuh kepada 119 juta euro. Namun tempahan meningkat untuk Siemens Mobility, divisyen kereta api yang diharapkan oleh bos akan bergabung dengan Alstom dari Perancis meskipun menerima tentangan daripada Suruhanjaya Eropah.
Satu tempahan besar adalah kontrak bernilai 1.6 bilion euro untuk membekal kereta api baharu bawah tanah untuk London.


































