LONDON, 2 Mei – Syarikat gergasi minyak Royal Dutch Shell berkata hari ini keuntungan bersih meningkat lebih tinggi kepada AS$6 bilion dalam suku pertama, dengan pertambahan dihadkan oleh harga minyak yang lebih rendah dan kemerosotan dalam pengeluaran.
Keuntungan selepas cukai bertambah dua peratus berbanding dengan tiga bulan pertama 2018, kata kumpulan Anglo-Dutch dalam satu penyata pendapatan.
Pengeluaran minyak dan gas merosot dua peratus kepada 3.75 juta tong sehari, sementara harga purata minyak mentah adalah lebih rendah berbanding dengan suku pertama 2018.
“Shell telah mencatat permulaan yang kukuh pada tahun 2019,” kata ketua eksekutif Ben van Beurden dalam kenyataan.
“Prestasi kewangan yang konsisten di seluruh perniagaan memberikan keyakinan dalam memenuhi prospek tahun 2020 kami,” tambah beliau. – AFP