Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Keuntungan suku tahunan Samsung Electronics merosot

    SEOUL, 8 JAN – Samsung Electronics berkata pada Jumaat lalu bahawa ia menjangkakan hasil keuntungan pada suku keempatnya susut 69 peratus kepada lapan tahun terendah apabila mendapat permintaan cip memori dan telefon pintar semasa berlaku kemelesetan di seluruh dunia Gergasi teknologi Korea Selatan itu berkata hasil keuntungan operasi bagi bulan Oktober-Disember berkemungkinan merosot kepada 4.3 trilion won (AS$3.4 bilion), penurunan drastik dari tahun ke tahun daripada 13.87 trilion won.

    Ia akan menjadi kemerosotan paling teruk syarikat itu untuk keuntungan suku tahunan sejak suku ketiga 2014.

    Dalam satu kenyataan, Samsung berkata hasil keuntungan suku keempat adalah “di bawah jangkaan pasaran semasa,” memberikan alasan kemerosotan itu disebabkan oleh isu makroekonomi, didorong oleh bank pusat di seluruh dunia yang menaikkan kadar faedah.

    Kekurangan permintaan untuk cip memori adalah “lebih tinggi daripada yang dijangkakan kerana pelanggan mengimbangi inventori… untuk mengetatkan lagi dana kewangan,” katanya.

    Menurutnya ia “didorong oleh kebimbangan mengenai sentimen pelanggan yang merosot disebabkan oleh kadar faedah yang tinggi di seluruh dunia dan sudut pandangan ekonomi yang lemah”.

    Carta menunjukkan keuntungan operasi suku tahunan Samsung Electronics. – AFP

    Lantaran kejatuhan itu, pengeluar telefon pintar Galaxy juga “melihat kejatuhan kritikal dalam perdagangan cip memori yang berlaku disebabkan kekurangan permintaan serta jualan telefon pintar yang lemah,” tambahnya.

    Ia adalah kali pertama dalam empat tahun ini Samsung mengeluarkan notis penjelasan di samping jangkaan hasil keuntungan yang diperoleh.

    Firma itu adalah anak syarikat perdana gergasi Samsung Group, yang terbesar dikawal oleh ahli keluarga konglomerat mengatasi perdagangan dalam ekonomi keempat terbesar di Asia dan yang terpenting bagi ekonomi Korea Selatan.

    “Samsung Electronics sangat penting untuk ekonomi Korea Selatan,” lapor Kim Dae-jong, profesor perdagangan di Universiti Sejong di Seoul, kepada AFP.

    Melihat pada pengumuman hari ini, tahun ini akan menjadi tahun yang amat sukar, bukan saja bagi Samsung, tetapi ekonomi Korea. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...