Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Keuntungan tahunan Shell mencecah rekod AS$42 bilion

    LONDON, 2 FEB – Keuntungan bersih Shell melonjak kepada rekod AS$42.3 bilion tahun lepas, kata gergasi tenaga Britain hari ini, apabila pencerobohan Rusia ke atas Ukraine menyebabkan harga minyak dan gas melonjak.

    Keuntungan selepas cukai adalah lebih daripada dua kali ganda dengan jumlah yang dicapai pada 2021, dedah penyata pendapatan kumpulan itu.

    Shell berkata ia akan memulangkan AS$4 bilion kepada pemegang saham dan menaikkan dividennya dengan ketara berikutan perolehan rekod.

    “Keputusan kami pada suku keempat dan sepanjang tahun penuh menunjukkan kekuatan portfolio Shell yang berbeza, serta kapasiti kami untuk menyalur tenaga penting kepada pelanggan kami dalam dunia yang tidak menentu,” kata ketua eksekutif baharu kumpulan itu, Wael Sawan dalam penyata pendapatan.

    Shell sedang mereforamasikan prestasinya di bawah bekas bos syarikat tenaga diperbaharui, Sawan, yang menggantikan Ben van Beurden awal tahun ini.

    Saingan Shell BP baru-baru ini berkata sementara peralihan seluruh dunia daripada bahan api fosil boleh dipercepatkan disebabkan perang Ukraine-Rusia, ia menambah dalam laporan bahawa “minyak terus memainkan peranan utama dalam sistem tenaga global untuk 15 hingga 20 tahun akan datang.”

    Pencerobohan Ukraine setahun yang lalu oleh Rusia menyebabkan harga minyak dan gas melonjak naik.

    Rusia merupakan pengeluar utama bahan api fosil dan perang mengakibatkan bekalan berkurangan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...