Keuntungan Total jatuh 99 peratus

PARIS, 5 MEI – Total berkata hari ini keuntungan suku tahunan mereka telah jatuh 99 peratus disebabkan oleh penurunan harga minyak dan mengumumkan mereka akan memotong pelaburan sebagai respons kepada kekacauan yang berterusan di pasaran minyak mentah.

Syarikat minyak mentah utama Perancis melaporkan keuntungan sebanyak AS34 juta pada suku pertama, berbanding AS$3.1 bilion pada tahun sebelumnya.

Harga minyak mentah jatuh dengan drastik pada suku pertama disebabkan oleh pengeluaran yang berlebihan dan perang harga di antara Arab Saudi dan Rusia, jatuh kepada AS$50.1 dari AS$63.1 pada tahun sebelumnya.

Kejatuhan harga minyak dan gas telah menekan aliran tunai Total daripada operasi hampir dua per tiga.

Sejak hujung bulan Mac, minyak mentah telah dihentam oleh kejatuhan permintaan disebabkan oleh impak ekonomi akibat koronavirus, malah pernah ke paras negatif pada satu tempoh bulan lalu.

Total berkata mereka akan mengurangkan pelaburan pada tahun ini sebanyak AS$14 bilion, turun suku daripada apa yang diumumkan oleh syarikat itu pada Februari lalu. – AFP

“Kumpulan syarikat menghadapi keadaan yang luar biasa: krisis kesihatan COVID-19 yang telah memberi kesan kepada ekonomi dunia dan menyebabkan ketidaktentuan, dan krisis harga pasaran minyak mentah, dengan kejatuhan harga minyak sejak bulan Mac,” kata CEO, Patrick Pouyanne.

Total berkata ia akan membuat menyasarkan penjimatan yang baharu dan akan memotong pelaburan dan objektif pengeluaran minyak mentah.

Pelaburan akan kurang daripada AS$14 bilion pada tahun ini, turun suku daripada apa yang diumumkan oleh syarikat pada Februari lalu.

Total walau bagaimanapun, memutuskan untuk membayar dividen sementara 0.66 euro sesaham, tahap yang lama dengan tahun sebelumnya. – AFP