TOKYO, 10 Mei – Pengeluar automobil Jepun, Toyota mengatakan keuntungannya jatuh 6.6 peratus dalam suku keempat fiskal ketika kadar tukaran yang tidak menguntungkan mengimbangi jualan lebih baik.
Toyota Motor Corp, hari ini melaporkan keuntungan 398.4 bilion bagi bulan Januari hingga Mac, jatuh dari 426.6 bilion yen dalam tempoh sama tahun sebelumnya.
Jualan tempoh suku meningkat hampir 7 peratus kepada 7.44 trilion yen.
Toyota, yang mengeluarkan Prius hibrid, sedan Camry dan model-model mewah Lexus, meramalkan keuntungan 1.5 trilion yen bagi tahun fiskal sekarang, menurun dari 1.8 trilion yen dalam tahun ini yang berakhir 31 Mac, dengan menjangkakan yen lebih kukuh dan kos pemasaran akan menghakis perolehan.
Ia menjangkakan jualan kenderaan jatuh di Jepun, Amerika Utara dan Eropah tetapi berkembang dalam pasaran-pasaran yang sedang membangun. – AP