Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Keuntungan Visa meningkat 32 peratus

    NEW YORK, 27 JULAI – Visa Inc. berkata kelmarin bahawa keuntungan suku ketiga fiskalnya meningkat sebanyak 32 peratus berbanding tahun sebelumnya, didorong oleh satu lagi kenaikan dua angka dalam jumlah wang yang diproses pada rangkaian kad kredit dan kad debitnya.

    Syarikat pemprosesan pembayaran itu berkata ia memperoleh keuntungan AS3.4 bilion, atau AS$1.60 sesaham, berbanding keuntungan AS$2.57 bilion atau AS$1.18 sesaham dalam tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. Tidak termasuk kos, Visa memperoleh AS$1.98 sesaham pada suku ini, lebih baik berbanding AS$1.75 sesaham yang telah dijangkakan oleh pakar analisis, menurut FactSet.

    Visa yang berpangkalan di San Francisco telah mendapat manfaat daripada peralihan orang ramai di seluruh dunia dari wang tunai kepada pembayaran digital, sama ada melalui pembelian dalam talian atau melalui peningkatan penggunaan pembayaran tanpa sentuh.

    Syarikat itu memproses AS$2.939 trilion pada rangkaiannya pada suku lalu, meningkat sebanyak 12 peratus berbanding tahun sebelumnya.

    Selain itu, Visa memperoleh sedikit keuntungan daripada setiap transaksi yang menggunakan rangkaiannya, bergantung pada jenis transaksi dan peniaga yang menggunakannya.

    Kebanyakan pembayaran rentas sempadan meningkat sebanyak 40 peratus dari tahun sebelumnya, menandakan bahawa pengguna kini kembali semula kepada tabiat perjalanan mereka sebelum pandemik

    “Pengguna kini kembali melancong ke seluruh pelosok dunia, di mana ia menyebabkan jumlah rentas sempadan melebihi tahap yang dicatat pada 2019 buat kali pertama sejak pandemik COVID bermula awal 2020,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Visa, Al Kelly dalam satu kenyataan. – AP

    Gambar fail AP menunjukkan logo Visa pada kad kredit. Keuntungan Visa meningkat sebanyak 32 peratus berbanding tahun sebelumnya yang didorong oleh kenaikan dua angka dalam jumlah wang yang diproses pada rangkaian kad kredit dan debit. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...