Keuntungan Walmart didorong oleh e-dagang

NEW YORK, 18 OGOS – Walmart melaporkan peningkatan dari segi keuntungan pada suku kedua hari ini berikutan dengan lonjakan penjualan e-dagang semasa pandemik dan rangsangan pembayaran Amerika Syarikat (AS) yang mendorong peningkatan dalam perbelanjaan pengguna.

Pendapatan bersih dicatatkan sebanyak AS$6.5 bilion, meningkat hampir 80 peratus daripada tempoh yang sama tahun lalu, didorong juga oleh keuntungan besar berdasarkan pelaburannya di syarikat China JD.com.

Pendapatan meningkat 5.6 peratus kepada AS$137.7 bilion termasuk peningkatan sebanyak 97 peratus dalam penjualan e-dagang Walmart AS.

Peruncit terbesar di dunia itu berkata peningkatan ini didorong oleh permintaan yang tinggi dalam bahan makanan dan penggunaan e-dagang oleh pengguna dari rumah.

Jualan kukuh pula dicatatkan dalam penjualan elektronik dan barang-barang lain dengan margin keuntungan yang lebih tinggi, kata syarikat itu.

Meski Walmart tidak memberikan sasaran keuntungannya sepanjang tahun, bagaimanapun prospek tambahan untuk rangsangan AS kekal belum jelas. – AFP