Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Keupayaan sumber tenaga manusia dipertingkat

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) ketika ini sedang menggubal Rangka Kerja Kecekapan Sumber Manusia (HRCF) yang akan melibatkan seluruh warga kementerian dan jabatan-jabatan.

    Ini termasuk pemimpin akar umbi yang antara lain bertujuan bagi meningkatkan keupayaan sumber tenaga manusia dengan mengenal pasti, seterusnya mengurangkan jurang kompetensi melalui program-program peningkatan kemahiran dan keupayaan.

    Selain itu, pendekatan Whole of Government dan Whole of Nation juga dititikberatkan dalam memastikan tadbir urus perkhidmatan yang baik, kongsi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman semasa menyampaikan mukadimah di Dewan Majlis, hari ini.

    Beliau seterusnya mengongsikan, sejak inisiatif itu dilaksanakan secara berfasa pada Ogos 2021 sehingga 31 Januari 2023, lebih $10 juta iaitu 14.92 peratus daripada jumlah keseluruhan tunggakan hasil iaitu $67 juta telah berjaya dikutip.

    Manakala kutipan hasil semasa dari April 2022 sehingga 31 Januari 2023, jabatan-jabatan bandaran telah mengutip sebanyak $4,922,856.89.

    Dalam pada itu, Yang Berhormat Dato turut menyatakan bahawa peruntukan sebanyak $18.8 juta telah dibenarkan untuk kerja-kerja menaik taraf paras jalan raya di daerah Tutong, Belait dan Temburong, yang mana pada masa ini tawaran ini adalah dalam peringkat menunggu kebenaran.

    Beliau seterusnya berkata, antara lain inisiatif kementerian ke arah pembangunan bandar dan daerah yang mampan dan berdaya tahan serta memastikan ketersediaan prasarana-prasarana, adalah dengan memfokuskan kepada penyediaan dan pembangunan tapak-tapak perniagaan termasuk gerai-gerai di setiap daerah.

    Selain itu, dewan-dewan kemasyarakatan dan serba guna akan dipelihara, manakala paras jalan raya di kawasan yang sering dilanda banjir akan dinaikkan supaya ia tidak menjejaskan akses penduduk kampung di kawasan-kawasan yang terjejas.

    Dalam menggubal sesuatu dasar dan pelaksanaan atau apa jua inisiatif yang dirancang oleh kementerian, faktor-faktor yang menyumbang kepada pencapaian inisiatif berkenaan diambil kira.

    Ini selaras dengan aspirasi kementerian iaitu memastikan sumber tenaga manusia yang kompeten di samping memanfaatkan penggunaan teknologi selaras dengan peredaran masa ke arah penyampaian perkhidmatan yang telus dan berkualiti.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...