Saturday, December 14, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kevin Durant tonggak utama Warriors

    WASHINGTON, 29 Dis – Kevin Durant menjaringkan 21 mata untuk mendahului enam pemain yang menjaringkan dua digit bagi juara bertahan NBA, Golden State dan pasukan Warriors bangkit pada suku ketiga untuk menewaskan Utah 126-101 pada Rabu lalu.

    Pasukan Warriors menjaringkan 33 dari 46 jaringan pada suku kedua, menewaskan Utah 42-22 pada suku ketiga untuk membuka persaingan sengit yang menyaksikan Durant yang menambah enam rebounds, empat asis dan tiga halangan, tidak beraksi pada suku keempat.

    “Utah beraksi dengan fizikal dan mereka bertahan seperti yang tidak pernah kami lihat sebelum ini,” kata Durant.

    “Kami tahu pada suku kedua, mereka keletihan kerana mereka banyak bergerak di sekeliling gelanggang, jadi kami kekal dengan serangan serangan dan pada suku ketiga kami mula melebarkan jaringan.”

    Pat McCaw menambah 18 masa tertinggi musim ini dari bangku simpanan sementara Klay Thompson dan Nick Young masing-masing menjaringkan 15 mata bagi pasukan Warriors, yang mencatatkan rekod terbaik NBA, 28-7.

    Penyerang Golden State Warrios, Kevin Durant melakukan dunk ketika menentang Utah Jazz semalam. – AP

    Sementara itu, Vince Carter dari Sacramento diturunkan dari bangku simpanan untuk menjaringkan 24 mata dan pemain simpanan, Willie Cauley-Stein menambah 17 mata dan sembilan rebounds untuk mengukuhkan pasukan tuan rumah, Kings, ke atas Cleveland Cavaliers 109-95.

    LeBron James mengumpulkan triple double dalam kesukaran dengan 16 mata, 14 asis dan 10 rebounds sementara Kevin Love menjaringkan 23 mata tertinggi pasukan tersebut begitu juga dengan pemain Cavalier yang juga menjaringkan mata.

    Tyreke Evans menjaringkan 23 mata dan menambah tujuh rebounds dan tujuh asis untuk menerajui Memphis Grizzlies ke atas pasukan tuan rumah, Los Angeles Lakers 109-99. Brandon Ingram mengetuai Lakers dengan 23 mata.

    Kemenangan berturut-turut Oklahoma City mencapai enam perlawanan ketika Paul George menjaringkan 33 mata dengan 11 dari 17 jaringan dan Russell Westbrook menambah 30 mata dan 13 asis dalam kemenangan pasuikan Thunder 124-107 di gelanggang sendiri.

    “Kami melakukan jaringan yang mana adalah bagus bagi kami,” kata jurulatih pasukan Thunder, Billy Donovan. ‘Apabila anda cuba untuk beraksi dan berjaya menyelesaikannya, ia hanya memerlukan masa. Mereka bersemangat sejak hari pertama untuk mengekalkan kedudukan yang lebih baik.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda