Kevin Hart mempunyai karier dalam komedi dan pelakon yang berjaya, dan kini dia menyasarkan untuk terjun ke dalam bidang industri makanan segera.
Pelakon itu telah membuka sebuah restoran makanan segera yang hidangannya berasaskan tumbuhan dipanggil Hart House baru-baru ini di Westchester, kawasan kejiranan Los Angeles berhampiran dengan lapangan terbang bandar tersebut.
Hart berkata dia ingin menarik lebih ramai pelanggan yang sering memakan makanan berasaskan tumbuhan dan mereka yang pernah mencubanya untuk mempromosikan pemakanan yang sihat.
“Perniagaan kami ini tergolong dalam perniagaan yang menjaga kesejahteraan orang ramai.
“Itulah tujuan Kevin Hart membangunkannya,” katanya semasa temu bual sebelum majlis pembukaan rasmi restoran tersebut.
Hart mendedahkan terdapat keperluan untuk mencipta ruang sihat dalam spektrum makanan segera yang mampu milik untuk pelanggan.
Terdapat beberapa buah restoran yang menawarkan makanan berasaskan tumbuhan di Los Angeles namun pendekatan Hart House adalah untuk menawarkan makanan sandwic dan burger berkualiti dengan harga yang lebih murah berbanding restoran lain.
“Kami mahu menjadikan persekitaran di mana orang ramai merasa sihat,” katanya. – AP