Kevin Hart dan Eniko bakal timang cahaya mata kedua

Tahniah kepada Kevin Hart dan Eniko Hart! Suami dan isteri itu dijangka akan menimang cahaya mata yang kedua, dia mengumumkan dengan gambar isterinya yang mengandung di Instagram.

Dengan keluarga Hart bakal menjadi enam orang ahli, Eniko mengumumkan dalam Instagram semalam bahawa dia dan suaminya, Kevin Hart, 40 tahun, mengharapkan anak kedua mereka bersama. Eniko, 35 tahun, melihatkan perutnya yang sedang memboyot dan berkata “anak damit nombor dua, tidak sabar menantikannya dan bersyukur sangat-sangat!, tidak lama lagi menjadi keluarga 6! #glowingandgrowing.” Bersama dengan anak lelaki mereka yang berusia dua tahun, Kenzo Kash Hart, Kevin mempunyai dua orang anak lagi dari hubungan dengan bekas isterinya, Torrei Hart, iaitu seorang anak perempuan bernama Syndicate Hart, 15 tahun dan seorang anak lelaki bernama Hendrix Hart, 12 tahun.

Kevin tidak menyatakan pengumuman itu sendiri, tetapi dia meninggalkan pesanan ringkas yang manis di foto cantik isterinya di Instagram tersebut, sambil membuat pesanan emoji bicep otot (jangan beritahu Dwayne Johnson tentang ini).

Foto Eniko yang sedang berdiri mengenakan pakaian nipis, menunjukkan perutnya yang semakin membesar, lebih-lebih lagi kilauan manik di pakaiannya turut menyerlahkan lagi wajahnya yang tampak berseri-seri.

Kawan-kawannya semua turut menghantar komen dan mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

“Ya! Tahniah! Ini berita sangat menarik!, “Tahniah. Mengharapkan kamu semua selamat,” kata Cyn Santana dan Karrueche Tran dengan berdoa dan harapan untuk bakal ibu itu.

Eudoxie Bridges nampaknya sudah tahu sepanjang masa, dia menulis di Instagram, “Akhirnya saya boleh menjerit sekarang “Tahniah! Sangat cantik!” Tahniah lagi kepada Eniko dan Kevin mengenai berita gembira ini!. – Agensi

Kevin Hart dan Eniko Hart tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata kedua mereka. – Agensi