Kevin Na terajui Terbuka Sony

LOS ANGELES, 18 JAN – Pemain Amerika kelahiran Korea Selatan, Kevin Na melakukan birdie di lubang ke-72 untuk mencatat kemenangan dengan kelebihan satu pukulan di Jelajah PGA AS Terbuka Sony di Waialae Country Club, Hawaii hari ini.

Na yang melakukan catatan terendah sepanjang kariernya dengan par 61 di pusingan ketiga, mencatat lima bawah par 65 pada pusingan terakhir untuk keseluruhan 21 bawah par 259.

Dia menamatkan saingan dengan kelebihan satu pukulan mengatasi Chris Kirk.

“Pengalaman yang saya lalui sepanjang beraksi 18 tahun di jelajah ini akhirnya membuahkan hasil,” kata pemain berusia 37 tahun itu yang bertukar status pro pada 2001 dan menyertai Jelajah PGA AS bermula 2004 tetapi hanya memenangi kejohanan pertama pada 2011.

Dia kemudian memerlukan masa tujuh tahun untuk memenangi kejohanan kedua tetapi kini sudah mengumpul lima kejuaraan. – AFP