Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Keyakinan Martinelli atasi keraguan peminat Brazil

    DOHA, 21 NOV – Gabriel Martinelli menegaskan pada Ahad bahawa dia layak untuk menyertai skuad Brazil dalam aksi Piala Dunia walaupun ramai orang meragui kemampuannya.

    Bintang Arsenal berumur 21 tahun itu membuat kemunculan pertamanya sebagai pemain simpanan semasa menentang Chile pada bulan Mac lalu.

    Walaupun ini bukan satu kejutan buat peminat Gunners yang menyaksikan persembahan cemerlangnya – lima gol dan dua assists dalam 14 perlawanan Liga Perdana – ramai orang di tanah airnya terkejut.

    Video mulai tersebar di media sosial menunjukkan bintang Brazil, Neymar memberikan reaksi terkejut dengan penyertaan Martinelli semasa senarai nama skuad diumumkan.

    “Saya harap ia adalah kejutan yang bagus. Neymar adalah wira saya,” kata Martinelli.

    “Ia merupakan satu penghormatan dapat bermain bersamanya,” tambah Martinelli. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...