TOKYO, 2 OKT – Keyakinan dalam kalangan pengeluar terbesar Jepun meningkat apabila keadaan perniagaan bertambah baik bagi suku kedua berturut-turut, menurut satu tinjauan utama hari ini.
Tinjauan Tankan suku tahunan Bank Jepun dianggap sebagai petunjuk paling luas tentang keadaan perniagaan Jepun.
Ia melaporkan perbezaan antara peratusan firma yang yakin dan mereka yang melihat keadaan sebagai tidak menguntungkan.
Perasaan optimistik juga meningkat dalam kalangan bukan pengilang, daripada angka 23 kepada 27, yang merupakan peningkatan suku tahunan keenam berturut-turut serta paras tertinggi sejak November 1991 dan berbanding jangkaan pasaran sebanyak 24.
Angka positif dalam tinjauan itu “didorong oleh industri automotif yang kukuh disokong oleh penyelesaian isu kekurangan bekalan semikonduktor yang telah melanda industri tahun ini,” kata Hiroyuki Ueno, ahli ekonomi di Sumitomo Mitsui Trust Asset Management sebelum keluaran tinjauan tersebut.
“Dalam sektor bukan perkilangan, ledakan berterusan dalam perjalanan masuk menyokong keyakinan perniagaan,” katanya.
Penganalisis berkata tinjauan terbaharu BoJ adalah antara data penting yang mempengaruhi keputusan dasar bank pusat akan datang. – AFP
